Wednesday, March 16, 2011

Seekers : Bukit Tunku, Highland Tower

.assalamualaikum.

seperti yang di ketahui ramai, 
tetapi boleh tahan ramai juge yang tak tahu,
aku dan kawan2 sekeliling suka buat kerja crazy. 
"ini bukan gile lagi ni, ini crazy tau," kata-kata Kacang
masih lagi terngiang-ngiang di telinga aku dan Mamee.
malas nak cakap banyak - lokasi pertama : Highland Tower.
sangat lah boring that night sehingga membawa kami ke 
tempat puaka ini - mencari hantu. konon nya.
malang nya, malam itu anjing stay up study agaknya, mereka tak tido.
by the time kitorang sampai je kat kawasan tu,anjing2 jiran tetangga 
Siti Nurhaliza tu pun menyalak macam esok depa dah bisu.
kami tak peduli, kami masuk gak ke kawasan runtuhan tu.
tapi, dalam puing2 tu pun ada anjing.
so terpaksa lah kitorang back off.
kang tak pasal2 kena kejar ngan anjing liar. mampos.

walaupun tak dapat nak explore runtuhan bangunan tu,
kitorang turun dan explore banglo yang turut runtuh di depan bangunan tu.
rumah tu tak seram pun.
dah jadi sarang drug addict dah pun. ceh~
so,kami balik dengan hampa.
haaa..mesti korang ingat kami balik kan?
saya tipu awak je ^^
blah je kami dari situ, terus shoot ke Bukit Tunku.
kenapa kawasan orang-orang kaya selalu berhantu?
di situ kamu jumpa sebuah banglo spooky gile lah.
Jiejyie adikku jumpa banglo ni minggu lepas,
nak masuk ke kawasan rumah ni susah pulak.
memang macam tak kasi orang masuk lah.
memang pun.

okay, tengok gambar atas dan banding kan dengan gambar bawah.
klik lah gambar, baru nampak jelas sikit.
aku memahami kan apa yang ada dalam fikiran korang ;p
okay camni ceritanya.
oleh sebab payah bebeno nak masuk rumah ni,
so Mamee dan Dean masuk riki line dulu.
takut lah kan ada junkies ke kat dalam rumah tu.
so kami yang lain tunggu kat atas.
Then aku dengar bunyi macam dorang pijak
atap genting, tau tak atap genting?
alah, atap rumah tu. atap batu tu. hah,tau??
pahtu, tak lama pahtu dorang naek balik kat kitorang
yang duk nunggu kat atas.
dorang kata ''ya,emang bener di sini ada something''..
okay-dorang tak cakap indon pun,
aku saje sedap kan cerita. biasalah-drama melayu.

memang betul kata Jiejyie, kata sini memang ada benda.
so aku excited nak turun.
aku ajak Mamee turun, tengok lagi.
time tu Dean dan ketar lutut dan mengah sakit dada.
Dean dah kena sergah dengan benda tu.
sape lah tak terkejut kan~
kalau aku? hahahaha! jangan tanya. =.="
okay, then kami turun.
Mamee and Dean jalan depan.
aku pimpin Jiejyie jalan tengah.
pahtu Mamee ajak duk depan sikit, nak tengok.
then aku dengar lagi macam Mamee and Dean kena
baling ngan atap genting tu..
padahal real life dorang tak kena baling dengan apa2 pun.
pastu aku tengok Mamee kaku, pisau dia jatuh dari genggaman.
then dia panggil Dean.
bunyi Mamee kena baling tu makin kuat dan makin rancak.
aku dah kena tarik dengan Jiejyie yang dah tak larat nak tengok,
plus aku risau Mamee jadi apa2,
so aku ajak dorang blah.
aku boleh cakap satu ayat klaka
"jom blah Mee, dia tak suka kita, jom blah.."
hahaha always bengong!
sampai je kat kete, relax2 jap baru lak kitorang gerak 
dari tempat tu.
mana boleh terus blah bhai, ada yang tumpang nanti~~

then baru lah Mamee bukak cite yang
time dia kaku tu, kaki dia macam kena gam kat tanah.
tiba2 pisau yang di genggam kemas tu boleh jatuh.
perghh~
nape lah aku tak nampak. hahaha!
dorang kata benda tu - lembaga hitam.
memang bukan orang/manusia.
mana je tempat Mee suluh, benda tu tunjuk diri dia.
seram. sejuk. nak kencing.
and balik check, Jiejyie dapat love bite kat kaki.
hantu tu gatai no..hahaha!
okay next time nak repeat balik.
tapi kali ni bawak kamera canggih sikit. 
kamera henpon sangat menyedihkan hati aku.
pastu nak bawak lampu suluh.
lampu henpon menyedihkan aku lagi.

heee..okay, pasni aku nak letak ruangan
seekers lah pulak kat belog aku ni.
sekali geng dengan Lepak Place..
♥♥

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...